Pulau Pinang
Pulau Pinang

Pulau Pinang

Pulau Pinang merupakan negeri di Malaysia dan merupakan sebahagian Negeri Kedah sebelum diambil oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) dan dijadikan tanah jajahan Mahkota British.. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka (lihat peta) iaitu seberang pulau dan Seberang Perai dengan adanya jambatan dan feri di laut Prai, Glugor dan Bagan Dalam. Negeri ini juga merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia dan hanya negeri yang berpisah dua belah di Malaysia.Nama pulau Pulau Pinang ini diambil daripada nama pokok pinang (areca catechu). Ia juga dipanggil Tanjung Bidara sebelum dikenali Pulau Pinang. Terdapat banyak pantai terletak di Pulau Pinang.Laporan Sosioekonomi Negeri 2017 yang diterbitkan pada 26 Julai 2018 melaporkan bahawa Pulau Pinang mempunyai KDNK per kapita sebanyak RM49,873 pada 2017.[2]Negeri Pulau Pinang juga merupakan negeri majoriti penduduk Cina di Malaysia. Di sini juga menjadi Chinatown utama negara Malaysia. Larian Jambatan Pulau Pinang juga dianjurkan setiap tahun di Pulau Pinang ini. Perjalanannya ialah pergi dan pusing balik di atas jambatan jam bermula awal pagi. Lapangan terbangnya ialah lapangan terbang kedua sibuk bagi pesawat kargo di Malaysia.Nota tambahan: Terdapat juga sekolah tertua di negeri ini dan dalam Malaysia juga iaitu Penang Free School atau nama ringkasnya PFS, yang merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Masjid Negeri.

Pulau Pinang

Laman sesawang: www.penang.gov.my
Huruf pertama plat kenderaan P
IPM  (2000) 0.828 (tinggi)
Sejarah  
Ibu negeri George Town
Poskod kebangsaan 10000 - 19500
Kod panggilan kebangsaan 04